Wednesday 29 August 2007

Sekalung Tahniah dan Syabas



Sekalung Tahniah dan Syabas


Kepada semua AJK dan peserta Ekspedisi Banjaran Titiwangsa 2007

Kerana telah berjaya... selamat... alhamdulillah


Anda adalah pewaris kemerdekaan dan anda adalah khalifah yang akan mendukung tugas membawa risalah Islam ke seluruh pelusuk dunia...


Semoga anda akan menjadi insan yang solah dan musleh

amin...


Daripada:

Leftenan Muda (B) Idris bin Saleh

Ketua Jabatan Ekstra Kurikulum

SMIAAG

Ekspedisi Banjaran Titiwangsa Dalam Kenangan

Galeri 1


Peta NASA menunjukkan perjalanan ekspedisi...
















Monday 20 August 2007

Tentatif Program Ekspedisi Banjaran Titiwangsa Terkini

Tentatif program Ekspedisi Banjaran Titiwangsa
Sempena kemerdekaan Ke -50(20/8/07)


24 hb Ogos 2007 (Jumaat)

7.30 pg. Berkumpul di SMIAAG (sekolah Menengah islam al-amin)-(Al-amin)
8.30 pg. bertolak ke UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)- (Al-amin)
10.00 pg. Dijangka tiba di UPSI
-Disambut oleh Pelajar-pelajar UPSI - (UPSI)
- Taklimat UPSI oleh mahasiswa/i UPSI - (UPSI)
-Lawatan senjata api – Kem PALAPES UPSI - (UPSI)
- Perpustakaan UPSI - (UPSI)
-Blok Pentadbiran, Dewan Kuliah dan Bilik Tutorial - (UPSI)
1.00 tgh.- Makan tengahari / solat Jumaat- (UPSI)
2.30 ptg.- Sambungan lawatan sekitar Kampus UPSI- (UPSI)
4.30 ptg rehat / solat- (UPSI)
5.00 ptg.- Bertolak ke Pos Bersih Hulu Slim, Slim River-
(Sekolah Rendah Ulu Slim )- (UPSI –Al-amin)
6.00 ptg.- Dijangka tiba di lokasi –bertolak ke Sekolah Kebangsaan Pos Bersih- khidmat diri dan makan - (Ketua Kampung)
7.30 mlm.- solat magrib / kuliah Maghrib 1- KEMERDEKAAN dari perspektif Islam (Al-amin)
8.30 mlm. -solat Isyak - (UPSI)
9.00 mlm. –Majlis Perasmian (ADUN SLIM RIVER) serahan sumbangan dan bantuan daripada Al-amin dan UPSI kepada wakil orang Asli- (UPSI –Al-amin)
Taklimat XPDC oleh Jurupandu- (Ketua kampung)
11.00 mlm.-Tidur

25 hb Ogos 2007 (Sabtu)
5.30 pg. - Bangun pagi / khidmat diri
6.00 pg. - Solat subuh berjemaah (UPSI –Al-amin)
6.30 pg. - Persiapan dan sarapan (ketua kampung)
7.00 pg . - Senaman ringan- (UPSI-Palapes)
7.30 pg. – Perbarisan-nyanyian-negaraku (UPSI-PALAPES),
Doa (Al-amin)dan pelepas oleh ADUN – (Ketua Kampung)
1.00 tgh. - Rehat / makan / solat (Banjaran Titiwangsa) (JPA 3, PALAPES, RELA, Guru, UPSI)
6.00 ptg. - Dijangka sampai di Raub- Sekolah Rendah Ulu Sungai
6.30 mlm. - khidmat diri )
7.00 mlm. - Makan Malam (ketua kampung)
7.30 mlm. -Solat maghrib dan Isyak (Al-amin, UPSI)
8.30 mlm.- Refleksi daripada aktiviti mendaki (UPSI-Fasilitator)
11.00 mlm. Tidur

26 hb Ogos 2007 (Ahad)

5.30 pg. - Bangun pagi / khidmat diri
6.00 pg. -Solat subuh berjemaah
6.15 pg. – Motivasi Pagi : CABARAN-CABARAN REMAJA DALAM ERA KEMEDEKAAN Oleh Wan Muhammad Wan Ibrahim, ahli Lembaga SMIAAG (Bahagian latihan dan kepimpinan) – (al-amin)
7.15 pg Minum pagi / khidmat diri (ketua Kampung)
8.00 pg -gotong royong di kawasan sekolah (guru besar, Semua)
9.30 pg. – rehat dan berkemas
10.00 pg.- Perasmian Penutup oleh ADUN BATU TALAM – Penyampaian sijil dan cenderamata
11.00 pg- ptg Bertolak balik ke KL (AL-amin) dan Tanjung Malim (UPSI)
4.00ptg. sampai dan bersurai

Tuesday 7 August 2007

Tazkirah: Renungkan Kejadian Gunung-ganang Ciptaan Allah

78 - AN-NABA'

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.



1 Tentang apakah mereka bertanya-tanya?

2 Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya).

3 Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya.

4 Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu).

5 Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka).

6 (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?

7 Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?

8 Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?

9 Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?

10 Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)?

11 Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki?

12 Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh?

13 Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya?

14 Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah, -

15 Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan, -

16 Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya?

17 Sesungguhnya hari pemutusan hukum itu, adalah satu masa yang ditentukan,

18 Iaitu masa ditiup sangkakala, lalu kamu (bangkit hidup) serta datang berpuak-puak (ke Padang Mahsyar);

19 Dan (pada masa itu) langit dipecah belahkan sehingga tiap-tiap belahannya menjadi ibarat pintu yang terbuka luas,

20 Dan gunung-ganang, setelah dihancurkan, diterbangkan ke angkasa, lalu menjadilah ia bayangan semata-mata seperti riak sinaran panas di padang pasir.

21 Sesungguhnya Neraka Jahannam adalah disediakan;

22 Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya.

23 Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

24 Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya dan tidak pula sebarang minuman;

25 Kecuali air panas yang menggelegak dan air danur yang mengalir,

26 Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk).

27 Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal,

28 Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

29 Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis.

30 (Setelah mereka masuk ke dalam Neraka, dikatakan kepada mereka: Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu.

31 Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.

32 (Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur;

33 Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya;

34 Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman;

35 Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula perkataan yang dusta;

36 Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),

37 Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu);

38 (Tambahan pula) pada masa Jibril dan malaikat-malaikat yang lain berdiri bersaf-saf (menunggu perintah Tuhan), tidak ada yang berani berkata-kata (memohon pertimbangan) melainkan yang telah diizinkan baginya oleh Tuhan Yang Maha Pemurah, serta ia berkata benar.

39 Itulah keterangan-keterangan mengenai hari (kiamat) yang sungguh tetap berlakunya; maka sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya, dapatlah dia mengambil jalan dan cara kembali kepada Tuhannya (dengan iman dan amal yang soleh)!

40 Sesungguhnya (dengan keterangan-keterangan yang tersebut), Kami memberi amaran kepada kamu mengenai azab yang dekat (masa datangnya), iaitu hari seseorang melihat apa yang telah diusahakannya dan orang yang kafir akan berkata (pada hari itu): Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan).