Kedudukan Geografi
Gunung Angsi adalah sebuah gunung yang terkenal di Negeri Sembilan. ianya adalah sebuah gunung yang hanya mempunyai ketinggian 825 meter sahaja atau 2702 kaki. Gunung ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Seremban, mengarah ke Kuala Pilah. Pengunjung yang datang dari arah Seremban, akan menikmati perjalanan melalui Bukit Putus dan singgah ke Hutan Lipur Ulu Bendul. Sekiranya pengunjung ingin mendaki melalui trek Ulu Bendul, pendaki boleh meletakkan kenderaan di sekitar kawasan utama hutan rekreasi tersebut, atau meletakkan kenderaan lebih ke dalam iaitu di sekitar kawasan chalet.
Trek mendaki ke puncak gunung ini amat mudah diikuti kerana laluannya telahpun disediakan bermula dari kolam mandi utama dan laluan treknya telah menjadi selebar 2-3 meter. Namun begitu sebenarnya terdapat tiga trek untuk mendaki gunung ini, yang ke dua adalah mendaki daripada puncak laluan bukit putus, iaitu, penamat kepada jalan bengkang-bengkok sekiranya pendaki datang dari arah Seremban. Trek dari sini adalah lebih kecil kerana trek ini jarang di gunakan. Trek yang ke tiga adalah mula mendaki dari kawasan perindustrian di Senawang (bersebelahan dengan Taman Tasik ). Pendakian tidaklah sesukar gunung-gunung lain kerana Gunung Angsi ini tidaklah tinggi dan hanya sesuai menjadi tempat berlatih sahaja.
Perbandingan yang di buat diantara trek Ulu Bendul dan Trek Bukit Putus ini adalah trek Ulu Bendul adalah lebih jauh kerana pendaki terpaksa melalui beberapa bukit dari pondok Guard ke Jeram Kak Lang manakala pendakian dari Bukit Putus adalah lebih dekat dan landai.
Pendakian Bermula dari Ulu Bendul.
Sekiranya pendaki bermula dari Ulu Bendul, pendaki haruslah berdaftar di pos pengawal, di sekitar kawasan chelet sebelum tengahari. perlu di ambil kira, bermalam adalah tidak di benarkan di puncak gunung, melainkan pendaki memulakan pendakian dari bukit putus. Melalui trek ini, pendaki akan mengikuti laluan yang telah tersedia, dan melalui beberapa bukit, sehinggalah berjumpa dengan Jeram Kak Lang. Di sini selalunya di jadikan Check point yang pertama.
Perjalanan di teruskan dengan melintasi sungai di atas jeram tersebut, sehingga berjumpa dengan satu lagi anak sungai merangkap last waterpoint. Seterusnya anda akan menjumpai kawasan pembalakan. Apabila terjumpa dengan kawasan pembalakan ini, pendaki haruslah mengikuti arah kiri dan melalui trek balak ini sehingga menjumpai laluan kembali ke trek yang asal. Laluan ini di teruskan sehinggalah berjumpa dengan puncak botak. Di kawasan puncak Botak ini, pendaki haruslah berhati-hati kerana kawasannya licin kerana berpasir. Laluan seterusnya mengambil masa sehingga 45 minit sehinggalah ke puncak
Pendakian bermula dari Puncak Bukit Putus
Sekiranya pendaki ingin memulakan perjalanan dari puncak Bukit Putus, pendaki boleh meletakkan kenderaan di gerai yang terletak di sebelah kiri jalan. Untuk pengetahuan para pendaki, setelah melalui perjalanan yang penuh dengan jalan bengkang-bengkok, pendaki akan terlihat sebuah gerai di sebelah kiri jalan. Pastikan pendaki turun di sini.
Kemudian pendaki akan menyeberangi jalan, dan menaiki satu trek yang jelas kelihatan dari seberang jalan tersebut. Dalam perjalanan melalui trek ini, pendaki juga akan berjumpa dengan kawasan laluan pembalak, pastikan pendaki tidak mengikuti laluan ini dan teruskan perjalanan anda secara lurus atau menegak, dan anda akan berjumpa kembali dengan trek yang sebenar. Pendaki akan meneruskan perjalanan mengikuti trek sehinggalah pendaki tiba ke puncak Gunung Angsi dari belakang iaitu bertentangan dengan trek Ulu Bendul di puncak tersebut.
Bagi yang ingin mencuba menggunakan trek balak, apabila berjumpa dengan trek balak tersebut, pendaki perlu mengikuti trek ke kanan yang mengarah ke atas atau mendaki. Sekiranya melalui terk ini, pendaki akan melalui trek yang di buat oleh golongan-golongan chilake yang nak kaya cepat a.k.a trek balak yang penuh dengan kehancuran kawasan hutan. Melalui trek ini, pendaki akan berjumpa kawasan tanah runtuh, rekahan di trek namun begitu. Daripada trek ini, pendaki boleh melihat Empangan Terip yang berada di Pantai.
Penutup.
Hutan Rekreasi Ulu Bendul adalah tempat tumpuan rakyat berdekatan untuk beriadah dan sebagai tempat perkhemahan bagi sekolah-sekolah. Dengan erti kata lain, kawasan tersebut sesuai untuk aktiviti rasmi, yang memerlukan prasarana yang cukup seperti tandas, bilik mandi, tapak perkhemahan dan kantin, talipon, surau dan lain-lain. Waktu terbaik untuk mendaki adalah sekitar jam 8 pagi ke jam 9 pagi. Bagi pendaki yang menaiki bas, adalah di sarankan supaya pendaki menaiki trek Bukit Putus dan menuruni Gunung Angsi melalui trek Ulu Bendul. Maka adalah mudah bagi pendaki bersiap untuk pulang kerana di Ulu Bendul, terdapat banyak bilik mandi, gerai makan dan tempat untuk menunggu bas. Waktu terbaik untuk mendaki adalah sekitar jam 8 pagi ke jam 9 pagi. Okeh, selamat mendaki!!!! |