Tuesday, 31 July 2007

Sejarah, Tempat Menarik dan Ekspedisi di Slim River

a) Kesan Sejarah


Slim River adalah tempat berlakunya Pertempuran di Slim River, pertempuran yang menentukan nasib Tentera British semasa serangan Jepun ke atas Tanah Melayu semasa Perang Dunia II. Tentera British telah mengalami kekalahan teruk semasa Pertempuran Jitra apabila Divisyen ke-11 India pimpinan Mej. Jen. David Murray-Lyon ditewaskan oleh Tenetra Jepun pimpinan Lt. Jen. Tomoyuki Yamashita dan yang memaksa mereka berundur ke Kampar. Tentera British mengatur pertahanan di Kampar. Tentera Jepun terus mara dan berhadapan dengan Tentera British dalam Pertempuran di Kampar. Tentera British memberikan tentangan hebat tetapi Tentera Imperial Jepun lolos melepasi barisan pertahanan British dan memaksa mereka berundur ke Slim River.





Lt. Jen. A. E. Percival dan Lt. Jen. Lewis Heath tahu sekiranya mereka gagal menyekat kemaraan Jepun dI Slim River, Tentera British tidak akan dapat mempertahankan Selangor dan Negri Sembilan. Bagaimanapun tentera British yang sedang berehat ketika berundur, telah diserang secara mengejut dalam satu pertempuran yang dikenali sebagai pertempuran di Slim River. Pertempuran ini terkenal kerana kejutan yang terhasil apabila sejumlah kecil tentera infantri Jepun dengan bantuan kereta kebal berjaya menumpaskan pasukan Tentera British yang lebih besar. Pertempuran ini mengakhiri harapan tentera British bagi mempertahankan Tanah Melayu.














b)Kolam Air Panas


Kolam Air Panas Ulu Slim terletak berdekatan dengan Kampung Ulu Slim dan jaraknya dari pekan Slim River adalah hampir 16 kilometer. Suhu air panas di kolam ini mencecah 104 ˚c. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sini adalah merebus telur dan merendam kaki.







c) Ekspedisi Merdeka Merentasi Banjaran Titiwangsa 2007.
Oleh : Muhamad Roni Pasla








Jawatankuasa induk Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Daerah Kecil Slim River dan Daerah Batang Padang, Pejabat Daerah dan Tanah Raub, Pahang Darul Makmur akan menganjurkan program Ekspedisi Merdeka Merentasi Banjaran dari Ulu Sungai, Raub, Pahang Darul Makmur ke Ulu Slim, Slim River, Perak Darul Ridzuan. Tarikh bagi Ekspedisi Merdeka Merentasi Banjaran Titiwangsa dari Ulu Sungai, Raub, Pahang Darul Makmur ke Ulu Slim, Slim River, Perak Darul Ridzuan adalah pada 17, 18 dan 19 Ogos 2007 (Jumaat hingga Ahad).



Sudahkah anda membuat persiapan yang sewajarnya?

No comments: