Thursday 9 October 2008

Syabas dan Tahniah

Syabas dan tahniah
kepada semua guru-guru dan ajk yang menjayakan Ekspedisi Gunung Angsi.
Segala penat-lelah kalian, jihad dan pengorbanan kalian akan diberikan ganjaran syurga oleh Allah. Amin



Kepada semua peserta
Tahniah buat anda kerana berjaya sampai ke kemuncak Gunung Angsi dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi.


daripada:
Ust Idris Saleh
Ketua Jabatan Ekstra Kurikulum

xpdc gunung angsi: kemuncak

tiada kejayaan melainkan dengan usaha, ikhtiar, doa dan tawakkal kepada Allah
"Al-amin Boleh!! Kami alunkan azan di Gunun Angsi mengagungkan Allah pencipta alam ini...
segala penat lelah terlerai dengan senyuman kejayaan ini, sukur padaMu Illahi
Alhamdulillah kami berjaya sampai di kemuncak Gunung Angsi

Pemandangan dari kemuncak gunung angsi

xpdc gunung angsi: pendakian

teruskan perjuangan...

rehat le dulu! Kata dekat lagi. Tak sampai-sampai pun?
harap-harap tali ni tak putus...
ya Allah berikan kami kekuatan...
pengalaman yang bagus..
" jauh lagi ke...?"
"tak delah cuma 3 jam perjalanan jee lagi..."
"penatnya ya Allah... menyesal pulak gi ekspedisi ni...
tapi tak ape pengalaman ni mahal harganya"
yah... halangan kuredah demi mencari redhaMu ALLAH...
mencabar...
" saksikanlah cikgu anda yang berani ni... (kecut perut juga) yang lain ikut belakang cikgu"

begini caranya... tengok betul-betul
pemandangan dari atas, ketika peserta sedang menunggu giliran memanjat jurang dengan tali
waah... berehat sakan nampaknya. bila nak sampai ke puncak ni..?
(guru-guru, alumni dan masyab sedang menghirup udara nyaman)
cikgu kena rehat juga ... kami ni bukanlah robot.

rehat di CP 1...

" adeh poneknya den" (aduh penatnya saya)

cantik dan nyaman... rasa nak berendam je..
pasukan paramedit JPA 3 yang turut serta membantu peserta ekspedisi...
terima kasih banyak-banyak

inilah dia komando yang tak tau letih... jalan laju betul. kami kat belakang selalu tertinggal...
sabar dulu.. jangan main-main, kita nak panjat gunung bukan nak pergi shoping

ajk sedang menjana tenaga untuk mendaki...

xpdc gunung angsi:Tapak Perkhemahan

peserta banat juga khusyuk mendengar dan menghayati isi tazkirah maghrib

penceramah terkemuka sedang menyampaikan tazkirah

guru-guru perempuan yang komited dan bersemangat untuk mendaki Gunung Angsi... syabas

banat melintasi kawasan perkhemahan banin dengan tenang...

"nak masak apa malam ni?" abang ammar (alumni) risau
"masak kayu le.." abang Naza (pembantu Makmal)


inilah hotel seribu bintang... Ajk meninjau keadaan peserta yang serba kekurangan

"kau buat khemah tu elok-elok sikit jangan nak curi tulang"
"baik boss"


peserta banin dan banat sedang mendengar tazkirah

kami berjaya menakluki tapak perkhemahan ini... takbir!

Ust. Hasnan ... sedang menyusun strategi untuk "menguasai" Gunung Angsi hari esok...
"ikut sini ke... ? ikut situ... ? Ah mana-mana aje le, asalkan sampai"




Gambar xpdc gunung angsi: Persiapan di SMIAAG dan di R&R Ulu Bendol

ajk yang berwibawa dan gagah perkasa...


serikandi al-amin sedang bersiap-siap untuk mara...




dah tak sabar-sabar nak mulakan misi ke tapak perkhemahan


Pengarah ekspedisi sedang memberi taklimat...



nak pergi mana ni?

ajk sedang bergambar bersama sahabat seperjuangan dan bas kegemaran mereka


Ajk banat sedang memeriksa peralatan peserta


barang-barang keperluan: macam nak lari rumah gayanya...


peserta sedang berbaris...

Wednesday 6 August 2008

Gunung Angsi: Salam Perkenalan








Kedudukan Geografi


Gunung Angsi adalah sebuah gunung yang terkenal di Negeri Sembilan. ianya adalah sebuah gunung yang hanya mempunyai ketinggian 825 meter sahaja atau 2702 kaki. Gunung ini terletak kira-kira 20 kilometer dari Seremban, mengarah ke Kuala Pilah. Pengunjung yang datang dari arah Seremban, akan menikmati perjalanan melalui Bukit Putus dan singgah ke Hutan Lipur Ulu Bendul. Sekiranya pengunjung ingin mendaki melalui trek Ulu Bendul, pendaki boleh meletakkan kenderaan di sekitar kawasan utama hutan rekreasi tersebut, atau meletakkan kenderaan lebih ke dalam iaitu di sekitar kawasan chalet.


Trek mendaki ke puncak gunung ini amat mudah diikuti kerana laluannya telahpun disediakan bermula dari kolam mandi utama dan laluan treknya telah menjadi selebar 2-3 meter. Namun begitu sebenarnya terdapat tiga trek untuk mendaki gunung ini, yang ke dua adalah mendaki daripada puncak laluan bukit putus, iaitu, penamat kepada jalan bengkang-bengkok sekiranya pendaki datang dari arah Seremban. Trek dari sini adalah lebih kecil kerana trek ini jarang di gunakan. Trek yang ke tiga adalah mula mendaki dari kawasan perindustrian di Senawang (bersebelahan dengan Taman Tasik ). Pendakian tidaklah sesukar gunung-gunung lain kerana Gunung Angsi ini tidaklah tinggi dan hanya sesuai menjadi tempat berlatih sahaja.


Perbandingan yang di buat diantara trek Ulu Bendul dan Trek Bukit Putus ini adalah trek Ulu Bendul adalah lebih jauh kerana pendaki terpaksa melalui beberapa bukit dari pondok Guard ke Jeram Kak Lang manakala pendakian dari Bukit Putus adalah lebih dekat dan landai.


Pendakian Bermula dari Ulu Bendul.


Sekiranya pendaki bermula dari Ulu Bendul, pendaki haruslah berdaftar di pos pengawal, di sekitar kawasan chelet sebelum tengahari. perlu di ambil kira, bermalam adalah tidak di benarkan di puncak gunung, melainkan pendaki memulakan pendakian dari bukit putus. Melalui trek ini, pendaki akan mengikuti laluan yang telah tersedia, dan melalui beberapa bukit, sehinggalah berjumpa dengan Jeram Kak Lang. Di sini selalunya di jadikan Check point yang pertama.


Perjalanan di teruskan dengan melintasi sungai di atas jeram tersebut, sehingga berjumpa dengan satu lagi anak sungai merangkap last waterpoint. Seterusnya anda akan menjumpai kawasan pembalakan. Apabila terjumpa dengan kawasan pembalakan ini, pendaki haruslah mengikuti arah kiri dan melalui trek balak ini sehingga menjumpai laluan kembali ke trek yang asal. Laluan ini di teruskan sehinggalah berjumpa dengan puncak botak. Di kawasan puncak Botak ini, pendaki haruslah berhati-hati kerana kawasannya licin kerana berpasir. Laluan seterusnya mengambil masa sehingga 45 minit sehinggalah ke puncak


Pendakian bermula dari Puncak Bukit Putus


Sekiranya pendaki ingin memulakan perjalanan dari puncak Bukit Putus, pendaki boleh meletakkan kenderaan di gerai yang terletak di sebelah kiri jalan. Untuk pengetahuan para pendaki, setelah melalui perjalanan yang penuh dengan jalan bengkang-bengkok, pendaki akan terlihat sebuah gerai di sebelah kiri jalan. Pastikan pendaki turun di sini.


Kemudian pendaki akan menyeberangi jalan, dan menaiki satu trek yang jelas kelihatan dari seberang jalan tersebut. Dalam perjalanan melalui trek ini, pendaki juga akan berjumpa dengan kawasan laluan pembalak, pastikan pendaki tidak mengikuti laluan ini dan teruskan perjalanan anda secara lurus atau menegak, dan anda akan berjumpa kembali dengan trek yang sebenar. Pendaki akan meneruskan perjalanan mengikuti trek sehinggalah pendaki tiba ke puncak Gunung Angsi dari belakang iaitu bertentangan dengan trek Ulu Bendul di puncak tersebut.


Bagi yang ingin mencuba menggunakan trek balak, apabila berjumpa dengan trek balak tersebut, pendaki perlu mengikuti trek ke kanan yang mengarah ke atas atau mendaki. Sekiranya melalui terk ini, pendaki akan melalui trek yang di buat oleh golongan-golongan chilake yang nak kaya cepat a.k.a trek balak yang penuh dengan kehancuran kawasan hutan. Melalui trek ini, pendaki akan berjumpa kawasan tanah runtuh, rekahan di trek namun begitu. Daripada trek ini, pendaki boleh melihat Empangan Terip yang berada di Pantai.


Penutup.


Hutan Rekreasi Ulu Bendul adalah tempat tumpuan rakyat berdekatan untuk beriadah dan sebagai tempat perkhemahan bagi sekolah-sekolah. Dengan erti kata lain, kawasan tersebut sesuai untuk aktiviti rasmi, yang memerlukan prasarana yang cukup seperti tandas, bilik mandi, tapak perkhemahan dan kantin, talipon, surau dan lain-lain. Waktu terbaik untuk mendaki adalah sekitar jam 8 pagi ke jam 9 pagi. Bagi pendaki yang menaiki bas, adalah di sarankan supaya pendaki menaiki trek Bukit Putus dan menuruni Gunung Angsi melalui trek Ulu Bendul. Maka adalah mudah bagi pendaki bersiap untuk pulang kerana di Ulu Bendul, terdapat banyak bilik mandi, gerai makan dan tempat untuk menunggu bas. Waktu terbaik untuk mendaki adalah sekitar jam 8 pagi ke jam 9 pagi. Okeh, selamat mendaki!!!!

Taman Ular Sawa Ulu Bendol

KUALA PILAH 12 Mei - Taman Ular Sawa yang terletak di Ulu Bendul di sini mencatat sejarah apabila 11 ekor anak ular spesies anaconda dilahirkan di situ dua hari lepas.Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Mohamad Razi Kail berkata, perkembangan tersebut merupakan detik bersejarah kepada taman yang baru dibuka kepada orang ramai itu.

''Ular daripada spesies anaconda ini tidak menetaskan telur tetapi melahirkan anak- anak.''Ini adalah keunikan ular jenis ini yang kita import dari Brazil,'' katanya kepada pemberita sempena lawatan kerja sehari meninjau produk pelancongan di daerah Kuala Pilah di sini hari ini.
Beliau memberitahu, anak-anak ular berkenaan diasingkan di dalam bilik khas, manakala ibunya ditempatkan semula dalam sangkar belaan. Tambahnya, lapan daripada anak ular tersebut berada dalam keadaan sihat, manakala tiga lagi diletakkan dalam bilik rawatan rapi.


Tarikan Kata Mohamad Razi, kelahiran anak ular anaconda itu akan menjadi satu lagi daya tarikan kepada Taman Ular Sawa yang pertama seumpama itu di negara ini.''Kita percaya, 11 ekor anak ular spesies anaconda ini akan menjadi keluarga terbaru di taman ini," katanya.
Beliau memberitahu, taman tersebut mempunyai lebih 30 spesis ular sawa termasuk dari dalam negara dan diimport dari negara lain seperti Thailand, Burma, Papua New Guinea, Australia dan Brazil.



''Ketika ini, fasa satu projek penyediaan infrastruktur di Taman Ular Sawa ini telah pun siap dan dibuka kepada orang ramai,'' katanya. Beliau memberitahu, tiada bayaran dikenakan buat sementara ini sebagai promosi kepada satu destinasi pelancongan yang menarik di negeri Adat Perpatih ini





Turut sama dalam lawatan itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abdul Samad Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Seri Menanti serta ketua-ketua jabatan, agensi pelancongan, pengusaha hotel serta pihak media.


Projek pelaksanaan fasa satu Taman Ular Sawa ini membabitkan penyediaan infrastruktur, sangkar dan pelbagai kemudahan lain yang menelan belanja RM700,000, manakala kos mengimport ular pelbagai spesies dari luar negara pula menelan belanja RM400,000.