Saturday 28 July 2007

Ekspedisi Banjaran Titiwangsa - 2007




1. Muqaddimah

Ekspedisi pendakian dan penerokaan alam merupakan salah satu program teras yang disususn di dalam silibus Syabab - Kadet Pertahanan Awam Sekolah Menengah Islam Al-Amin. Selain pendedahan pelbagai ilmu merangkumi ilmu Islami di sekolah pihak jabatan secara serius dan konsisten menyerapkan pelbagai ilmu kemahiran seperti kawad kaki, menyelamat mangsa, memadam kebakaran, ikatan, flying fox, abselling, CPR, river crossing, jungle tracking, river tracking, ikhtiar hidup, mendaki gunung dan lain-lain supaya menjadi satu adunan yang kompleks dan menyeluruh bagi melahirkan generasi yang akan bergelar “soleh wa musleh” pada masa akan datang

Siri-siri ekspedisi yang telah melakarkan sejarah seperti Ekspedisi Gunung Dato (2002), Ekspedisi Gunung Nuang (2003), Ekspedisi Gunung Kinabalu (2003), Ekspedisi Gunung Ledang (2004), Ekspedisi Gua Tempurung (2005) dan Ekspedisi Gunung Hijau (2006) tentunya telah mematangkan murid-murid dan menyajikan mereka dengan seribu satu pengalaman malah mereka mampu mengecapai dan mensyukuri anugerah ciptaan Ilahi.

Bertitik tolak daripada itu, Jabatan Extra-kokurikulum mengadakan satu lagi ekspedisi supaya pelajar dapat menggarap segala ilmu yang dipelajari dan dipraktikkan dengan situasi sebenar yang mencabar. Jabatan Extra kurikulum pada tahun ini memilih Banjaran Gunung Titiwangsa sebagai medan tarbiah yang terbaik pada tahun 2007 ini.


2. Objektif

Ekspedisi ini mempunyai beberapa objektif yang telah dirangka secara sistematik dan praktikal untuk dicapai antaranya ialah:

i) Menguji ketahanan fizikal dan mental anggota kadet
ii) Mempraktikkan ilmu-ilmu yang telah dipelajari
iii) Menjana semangat kepimpinan yang jitu
iv) Membentuk sahsiah dan akhlak Islam yang terpuji
v) Menerokai dan menghayati ciptaan Allah yang Maha Agung
vi) Memantapkan ukhuwah dengan pelajar-pelajar luar seperti UPSI
vii) Memantapkan amal jama’i (team building) di kalangan anggota
viii) Merasai perit jerih pengorbanan perwira negara mempertahankan tanah air daripada penjajah asing
ix) Menyatakan kesyukuran kepada Ilahi di atas nikmat kemerdekaan.



3. Tema

“Insan Bitara Dari Jiwa Merdeka”

4. Tempat

a) Banjaran Gunung Titiwangsa, Perak / Pahang
Slim River dan Raub Pahang
b) UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)

5. Tarikh dan Masa

24, 25 dan 26 Ogos 2007 (Jumaat-Ahad)

6. Anjuran bersama

a)Jabatan Extra kurikulum, Sekolah Menengah Islam Al Amin
b) Jkp Biro Sukan Dan Rekreasi,Unit Kediaman Luar Kampus
Universiti Pendidikan Sultan Idris

7. Kerjasama

Jemaah Islah Malaysia (Jim)
Jabatan Pertahanan Awam (Jpa 3) Kuala Lumpur
Palapes UPSI
Karisma
Angatan Sukarelawan (Rela-Ulu Slim)
PDRM Ulu Slim
Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
Jkkk Ulu Slim
Takaful Ikhlas
Alumnai SMIAAG

8. Peserta Ekspedisi

Peserta ekspedisi seramai 180 orang terdiri daripada :

a) 100 orang pelajar Sekolah Menengah Islam Al-amin, Gombak
(80 peserta, 20 Ajk)



b) 80 orang dewasa terdiri daripada ;
i) 5 orang Palapes UPSI
ii) 5 orang Paramedik JPA3
iv) 5 orang Rela dan juru pandu
v) 10 orang guru dan kaki tangan
vi) 10 orang alumnai
vii) 5 orang wakil Pibg
Viii) 40 Pelajar UPSI



9.Tentatif program

24 hb Ogos 2007 (Jumaat)

7.30 pg. Berkumpul di SMIAAG
8.30 pg. bertolak ke UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris)
10.00 pg. Dijangka tiba di UPSI
-Disambut oleh Pengetua, Felo dan Jawatankuasa UKLK
-Perasmian oleh Pengetua Unit Kediaman Luar Kampus
-Taklimat UPSI oleh mahasiswa/i UPSI
1.00 tgh. Makan tengahari / solat Jumaat
3.00 ptg. Lawatan sekitar Kampus UPSI
-Lawatan senjata api – Kem PALAPES UPSI
-Perpustakaan UPSI
-Blok Pentadbiran, Dewan Kuliah dan Bilik Tutorial
5.00ptg Bertolak ke Pos Bersih Hulu Slim, Slim River



(Sekolah Rendah Ulu Slim )
6.00 ptg. Dijangka tiba di lokasi / khidmat diri
7.30 mlm. solat magrib / kuliah Maghrib 1- KEMERDEKAAN dari perspektif Islam
8.30 mlm. solat Isyak
9.00 mlm. Majlis serahan sumbangan dan bantuan daripada Al-amin dan UPSI kepada wakil orang Asli
Taklimat XPDC oleh Jurupandu
10.30 mlm. Jamuan ringan
11.00 mlm. Tidur

25 hb Ogos 2007 (Sabtu)

5.30 pg. Qiam / solat sunat
6.00 pg. Solat subuh berjemaah
6.30 pg. Persiapan dan sarapan
7.00 pg . Senaman ringan
7.30 pg. Doa dan Berlepas
1.00 tgh. Rehat / makan / solat (Banjaran Titiwangsa)
6.00 ptg. Dijangka sampai di Raub- Sekolah Rendah Ulu Sungai
6.30 mlm. khidmat diri
7.00 mlm. Solat maghrib
8.30 mlm. Solat isyak
9.00 mlm. Makan Malam
Refleksi daripada aktiviti mendaki
10.30 mlm. Tidur



26 hb Ogos 2007 (Ahad)

5.30 pg. Qiam / solat sunat
6.00 pg Solat subuh berjemaah
Kuliah Subuh : CABARAN-CABARAN REMAJA DALAM ERA KEMEDEKAAN Oleh Wan Muhammad Wan Ibrahim, ahli Lembaga SMIAAG (Bahagian latihan dan kepimpinan)
7.00 pg Minum pagi / senaman ringan
8.00 pg gotong royong – masjid dan sekolah
10.00pg Kudapan
10.30 pg Perasmian Penutup oleh Lembaga SMI al-Amin Wan Muhammad Wan Ibrahim, ahli Lembaga SMIAAG (bahagian latihan dan kepimpinan)
12.30 tgh Makan tengahari
2.00 ptg Berkemas barang dan solat zohor
3.30 ptg Bertolak balik ke SMIAAG
6.30 ptg Dijangka tiba di SMIAAG
7.00 petang Bersurai









No comments: